Thursday, 10 December 2015

Aku, dia & lavender.

Dalam tahun ni dah 3 kali aku dapat tapak meniaga kat MARDI CAMERON HIGHLANDS. Banyak kali dengar orang cite pasal taman lavender ni tapi tak pernah sampai. Aku ni memang suka bau lavender, pewangi kereta, pewangi baju mesti aku pilih lavender. Kali ni naik aku dah cakap nak juga pegi taman lavender dan kebetulan ada masa yang terluang sikit hari ni dia tunai kan lah permintaan aku.. Hehehe.. 

Perjalanan dari brinchang sebenar nya ambil masa dalam 15 ke 20 minit je tapi sebab kan musim cuti sekolah dengan depa dok betul kan jalan.. Dalam sejam juga baru nak sampai. Huhuhu.. 


Taman lavender ni lebih dekat kalau naik dari simpang pulai. Lepas tu korang boleh naik sikit lagi sampai brincang (wajib singgah pasar brinchang !!!! Rugiii tak pegi.. ) tapi kalau yang naik dari tapah korang ikut jalan nak turun ke simpang pulai. ( Faham tak ape aku cuba sampai kan ni? Susah sangat korang waze je la ye. Hahaha )

Dari luar aku dah teruja nak masuk sebab serius la memang best tempat ni. Nak parking pun senang dan bayaran masuk cuma RM 6 ( dewasa ) RM 4 ( kanak2 umur 5 - 12 tahun ). Tempat ni depa dah siap buat laluan masuk dan keluar jadi kita takde la berlanggar bahu orang nak keluar. Ikut je laluan korang akan dapat pusing 1 taman ni. Walau pun tempat ni chinese punya tapi depa prihatin la tentang kita.  Kat tengah-tengah kecantikan pemandangan yang damai ni depa bina surau untuk kita solat. Tenang dan mendamai kan. Sini nak petik bunga carnation pun boleh tapi bayar laa.. Hahaha.. Nak petik strawberry pun boleh tau ! Grrrr.. Bayor la jgk ! Kihkihkih.. 






Cantik kan ?? tu sikit je.. Ada lagi gambar2 untuk korang cuci mata. Termasuk la pic kitorang. Hahaha.. Tak suka tengok korang pandang je lah pemandangan belakang kitaorg yang cantik tu.. Abai kan kami.. Hohoho..

  





Kat laluan nak keluar ada mcm2 jualan dan paling aku excited ada 1 kedai jual semua yang di buat dari lavender.. Perrgghhh.. Geraaaammmm weeehhh !!! Aku kena istigfar panjang depan kedai tu..penjagaan badan dari lavender, cenderahati pun cantik2 sangat. Aku mcm hilang akal tengok warna purple tu. Hahaha..Pintu toilet pun purple. Dalam aku tak tau la sebab tak masuk. Hehehe..

Nah ! Aku belanja lagi pic untuk korang ! Kalau nak lebih lagi datang sendiri kat sini dan nikmati lah pandangan yang MasyaAllah cantikkkk sangat.








Haaaa... Cantik tak ??? Ke aku je rasa cantik? Hahahaha... Bagi aku, memang puas hati dan aku nak datang lagi.. Berbaloi - baloi habaq hang ! (^_^)

Sooo..harap nya dengan sedikit bebelan aku ni dapat la bantu kengkorang yang tak tau nak ke mana musim cuti sekolah ni..

Siapa naik cameron jangan lupa singgah MARDI CH kat sana korang boleh tengok macam2 jenis pokok, nak beli pun boleh !

Aku nak tido, mana tau esok bangun dah ada taman lavender sendiri.. Hahaha.. Eleh! Berangan tu free apeeeee... Jeles lettew ! Bye kengkorang ! Muah ciked ! 


Friday, 4 December 2015

My 4th pregnancy Part II

Masa aku nikah plan nya next year baru nak pregnant lagi. Dia kalau boleh memang nak baby terus sebab dia memang suka budak-budak. Lama gak aku fikir kan sampai la aku terdetik hati tak baik tolak rezeki.. Ada orang dah lama kawin nak baby tapi tak dapat , di buat nya Allah tarik pula nikmat tu kat aku mcmana kan. Tak nak tak nak tup tup terus tak dapat. Huhuhu..

So, aku decide untuk pregnant memandang kan aku bukan la muda belia lagi. Makin lambat makin risiko pula nanti. Alhamdulillah, masa trip kerja ke Johor aku curi-curi buat pregancy test dan yippie !! Positif ! Aku tak bagitau dia lagi masa ni. Esok pagi nya masa dalam kereta dok dengar berita pasal ct nurhaliza pun pregnant. Kami dok sembang la pasal dia di jangka bersalin bila bla bla bla.. Pastu aku saje tanya tahun depan puasa berapa haribulan eh? Raya ?

Dia cakap bulan 7 kot. Owh.. Kira sempat la I nak makan sedap-sedap dulu sebelun baby keluar. Sama dengan ct la kot kan. Sebab rasa nya baby keluar hujung bulan 7. Dia sengih sambil cakap eh ! Dah confirm ke ? Pandai2 je ni teka. Aku pun....... keluar kan pregnancy test tunjuk kat dia. Confirm ke ? Dia sengih pastu gelak then jerit woohooo.. woohooo.. pastu gelak besar then senyap kejap. Pastu dia gelak balik sambil pegang dada cakap mcmana la rupa anak kita nanti kan syg.. Mata , kulit ikut u, hidung mancung hensem mcm i.. Hahahahahaha.. Kita orang ketawa je sepanjang jalan tu. Kihkihkih..

Alhamdulillah , dia happy sgt2 dan yerp ! dah tentu aku pun happy giloss sebab memang aku rindu nak pegang baby kecik. Pregnancy kali ni aku tak boleh masuk dapur. Masuk je rasa sesak nafas, tengok ikan ayam semua kembang tekak. Nak air ke makan ke dia atau bibik yang ambik kan. Aku menyampah gila tengok dapur tu. Huhuhu. Nak baring diam je buat semua benda pun tak nak kecuali bab kerja. Mungkin sebab dah sebati dengan aku bab keje mesti kena paksa diri keje!

Alhamdulillah, naik flight ke sarawak pun aku ok. Tak de loya ke hape cuma memang tak boleh makan ayam ikan. Tengok yang mentah lagi la loya. Huhuhu.. Sepanjang keje di sarawak selama 7 hari alhamdulillah di permudah kan urusan aku. Tak ade aku susah kan dia sgt setakat aku duduk kejap sebab susah nak bernafas gitu je adalah. Malam sakit kaki minta urut dia urut kan. Tengah malam sakit pinggang minta usap dia usap kan.

Moment yang buat mata aku masuk habuk bila dia beria belikan gift untuk aku. Bukan satu tapi dua. 1 sempena hari jadi dan 1 tanda terima kasih. Sambil dia pegang perut dan cakap terima kasih sebab sudi pregnant kan baby dia. Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa tapi dah nak masuk 4 ini lah pertama kali aku dengar ucapan tu. Benar lah kata orang pilih suami lihat bagaimana dia melayan ibu nya in shaa Allah macam tu juga dia akan melayan kita sebagai isteri. Dan aku syukur sangat cara dia layan mak aku mcm mak dia.

Aku bukan jenis yang suka meminta minta. Bukan jenis yang mahu kan itu dan ini tapi dia sentiasa sedia kan yang terbaik untuk aku. Kadang2 aku termenung, macamna lelaki ini datang dalam hidup aku dan beri apa yang selama ni aku perlu. Kalau di tanya soal bahagia, jawapan nya semakin hari aku semakin lupa mcmana lelah nya kehidupan aku sebelum ni. Kalau lah aku dapat ucap kan terima kasih pada yang pernah singgah dalam hidup dia dan memilih jalan untuk melepas kan dia. Sebab kan  depa pilih untuk pergi la aku jumpa dia . Huhuhu.. So.. Thank you !

Untuk single mom kat luar sana, jangan pernah takut dengan status kita. Kita stronger than others sebab tu Allah uji kita dan letakkan la segala nya pada sebaik-baik perancang iaitu DIA. Allah uji menarik 1 nikmat dan di ganti kan dengan sesuatu yang lebih baik. Pilih yang sayang kita bukan kita  je yang sayang kan dia. Yang penting dia terima anak2 mcm anak dia.

Ok, dah la.. tiap kali aku tulis mesti panjang lebar kan. Menyampah plak orang baca konon nya mcm aku sorang je ada laki. Huhuhu.. Aku just share pengalaman dan kisah dongeng tak seberapa aku ni. Tapi xde la putera raja naik kuda ye.. Hahahaha..

Doa semua urusan aku di permudah kan. Doa kan kebahagian rumah tangga aku. Doa kan di berikan waktu dan kesempatan untuk melihat anak2 aku membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin.

Terima kasih kat korang yang sudi baca tulisan aku kali ni. Aku bukan kimK tolong jangan kecam aku! Eh ! Hahahaha.. Bye uolls (^_^)

Wednesday, 25 November 2015

My 4th pregnancy

Assalammualaikum wbt..

Aku tak berapa gigih update blog. Hahaha.. sebab kan aku malas nak transfer gambo2 kat laptop. Sekarang laptop pun dah merajuk dgn aku. X mau hidup2 dah.. baruuuu laaa gigih cari samsung tab yg byk berjasa kat aku masa mula2 niaga dulu..hehehe..

Aku tulis entri ni buat bacaan ank2 aku nanti bila aku dah xde ke.. x dgr aku bebel depan2 dengor ler aku bebel kat sini..hihi..

Dulu.. aku plan nak stop pregnant bila masuk umur 30 tahun..tp.. itu lah aku ni manusia yang boleh merancang tapi Allah yang izin kan semua nya berlaku..

Chop ! Chop ! Kalau korang follow aku kat blog tp x follow aku kat fb mesti korang pelik kan.. dah jadi ibu tunggal tp bleh pregnant plak ??huh ?? Aku rujuk blk kah ??apakah?? Hahahaha... tak laaah..

Kisah aku dgn jimmy dah tersimpan rapi.. kami berbaik dan kdg2 ada gak gaduh2 sikit soal anak2 je.. tak lebih dan x kurang..
Hak dia sbg bapa jgn kita nafi kan.. jgn kerana ikut kan ego kita emosi anak2 yg terkorban.. mana yg wajib kita tuntut..mana yg dia x mampu kita lebih kurang kan.. jgn terlalu ikut kan hati.. bertindak jgn ikut emosi.. panjang lg masa depan anak2..

Alhamdulillah..aku pun x sangka jodoh aku secepat ni.. kenal semasa hadir seminar usahawan di bangi.. bila seminar usahawan ni biasalah.. memang semua kita kawan sbb usahawan kan. Dr situ aku kenal dia.. boleh kata tu 1st time ktorg jmpa la. Aku dgn geng aku dia dgn geng dia terlambat nak p perasmian kementerian pertanian kat putrajaya.

Tiada perasaan ape2.. berkawan seperti org lain.. hari berlalu pergi..cheeeewaaaaahhh... ala2 drama gitu kan.. hahaha.. xtau nak cakap mcmana.. kami memang hanya kawan dan masa tu musahil bila di fikirkan akan bertemu jodoh lagi.. sebab trauma dan memang fikir boleh ke org lain syg dan jaga anak2 aku mcm anak sendiri ( byk sgt tengok drama mak mertua kuuu kott.. kahkahkah )

Sebenar nya 1st time lepak2 masa seminar dia dah bgtau status dia.. pernah berkahwin dan x de anak.. so.. bila dia buka mulut ajak nikah tu aku x la terus menolak sebab dia dah ada pengalaman hidup berumah tangga. Bila aku persoal bab umur dgn status aku yang dtg dlm bentuk buy 1 free 3 ni.. dia ( ibu tunggal ) bagi jawapan yang simple tapi terkesan kat aku..

Banyak kali dah aku tolak dengan alasan dia masih boleh je pilih anak dara dan yang muda utk jadi isteri.. jawapan dia masih sama mcm sblm ni..aku xnak serabut aku bg kata dua kat dia.. kalau betul yakin dgn apa yg dia nak jumpa mak aku.. kalau mak ckp ok..aku terima tp kalau mak k.o aku ikut ckp mak. Dulu aku kawin xde restu.. kali ni aku nak kerberkatan dalam hidup aku dan aku perlu kan restu mak. Alhamdulillah..ujian demi ujian mak bagi dan akhir nya mak cakap O.K..

Mcm tu jgk restu dr ibu dan ayah dia.. aku perlu kan restu depa dan aku dh ckp awal2 kat dia.. aku x nak perkahwinan tanpa restu.. alhamdulillah.. walaupun mula nya ada sikit la isu tapi Allah permudah kan.. nikah pun rasa mcm main2 je sbb memang xde proper planning.. tanya pejabat agama tarikh kosong terus booking p nikah.. hahaha.. nanti lah aku share dgn korang bab tu ek.. sebab tu ramai terkejut bila aku post kat fb cheq dah menikah.. hahahaha..

Terus terang cakap aku masih dalam trauma dengan pengalaman yg dulu tp dalam masa aku ingat pesan paksu aku.. kita patut bersyukur tak semua org di beri peluang kedua.. dulu aku bercinta lama baru nikah.. la ni aku rasa nikmat bercinta slps nikah.. hahaha.. kalau tanya aku.. betul kata org bercinta lps nikah itu lagi baik.. nak buat pe pun semua halal.. cuit cuit pun dh dpt pahala.. pegang tangan je pun dah gugur dosa2 kecil + dpt pahala.. korang tengok muka pasangan pun dapat pahala... haaa.. senang sangat kan nak dapat pahala.. hehehehehe..


Hohoiiii ! Panjang dah aku merapu sampai lupa kat tajuk entri ni.. huhu.. next entri la aku share dgn korang.. kita buat part 2 naa.. tunggu mood rajin aku mai balik.. kihkih.. aku lapor nak g makan jap.. hehehe..


Bye kengkorang ! Terima kasih daun keladi.. next time mai la singgah lagi.. muuuah ciked ! (^_^)








Sunday, 26 July 2015

JUS KUNYIT

Assalammualaikum..

Baru ber kesempatan nak cerita pasal jus kunyit.. Alhamdulillah.. seronok dapat kongsi dengan korang yang kat luar sana yang mungkin ada masalah sama macam aku. Dulu aku ni tak berpantang betul macam orang pantang.. sebab aku kena cari duit nak hidup..kalau aku tak cari mau tak makan aku semua..hahaha..

Masa tu mak pun bising sebab aku tak berpantang betul2 tapi aku takde pilihan lain.. dalam pantang kan umar ( yang bongsu setakat ni..hahaha ) minggu ke 2 pantang je aku dah start amik tempahan,drive kete buat delivery sana sini dan masa tu lah aku jumpa k bulan..

Aku selalu berdoa semoga di beri kesihatan yang baik untuk aku terus cari rezeki untuk anak2 aku dan Allah itu Maha Mendengar.. ok..dah habis cite bab aku.. emosi betul kan kalau cite hal dulu.. huhuhu..

Jus kunyit ni di formulasikn daripada ramuan turun temurun.. rahsia kembali dara semua dalam 1 botol ni.. Antara bahan utama yang di guna kan kunyit,asam jawa,madu,halia,daun kelulut,daun cekur dan temulawak.. Bagus di amalkan dari anak dara sampai la kita yang dah beranak pinak ni..

Kelebihan jus kunyit menurun kan berat badan , melancar kan peredaran darah , sengugut , period tak teratur, mengetat kan miss v, menaikkan payudara dan punggung ,menghilang kan bau badan, menyembuh kan luka dalaman selepas bersalin normal / c zer , membantu memberi tenaga.

Rahsia wanita moden kembali dara. Dalam pantang dulu kena paksa minum air kunyit sebab nak cepat baik kan luka dalaman sekarang tak payah dah..dulu tutup hidung bagai bila nak minum..hehe.. tapi betul kata org tua2.. yang manis tu racun yang pahit tu la ubat paling mujarab..

Suami ni jarang nak cakap tak ketat ke, suh kurus ke ape ke sebab dia nak jaga hati kita.. jadi kita sendiri la kena pandai2 jaga badan dan faham apa masalah kita. Keputihan buat miss v ber bau tak kan nak biar kan je.. buat sesuatu..jangan di biar kan mcm tu.. huhuhu..

Siapa nak order boleh sms/whatsapp aku 017 2011 185 untuk harga kasih sayang laga2 pipi punya.
 
 
 
 
 
 
 
 
1 botol 250 ml untuk 2 minggu.
 
cara pengambilan :
 
2 sudu pagi 2 sudu malam
 
 









Friday, 24 July 2015

selamat hari raya !!

assalammualikum...

lama aku tak membebel kat sini. mood malas tu makin menjadi-jadi padahal banyak je benda yang aku nak cite kat korang.. hahaha

nak cite bab puasa kita dah masuk raya.. nak cite pasal raya gambar2 raya aku semua dalam hp.. ni aku guna pc abang aku so..malas lah nak transfer mansfer ( perkataan baru ..hahaha ) kat pc orang kan,

Apa pun alhamdulillah.. raya tahun pertama aku sebagai single mum.. kekok sket tapi nasib baik ada mak dan bibik tolong aku kalu tak susah gak aku nak handle 3 orang budak kecik tu.. semua persiapan aku buat sorang, bab bli baju tu aku angkut semua pegi skali bli sikit2.. pagi raya semua sedondon..vaaaahhh.. still meriah hokey..

raya ke 2 aku otw nak ke melaka jalan2 dengan mak aku drop anak2 kat jimmy sebab dia kata selasa dia dah start keje.. anak2 semua faham tak de pun yang menangis ke hape..semua ok dan excited nak raya dengan papa depa.. cuma drama air mata sket la time tu.. bibik nangis,mak nangis.. aku??? aisshhh.. banjir gak la tapi mcm biasa.. kontrol gitu kan.. hihihi..

macamana pun dia tetap papa anak2 aku.. aku takkan pisah kan. takkan buruk kan.. jodoh aku mungkin setakat tu je tapi anak2 ni zuriat kami.. bersatu lah demi anak2 bukan bersatu tu maksudnya bersama semula tapi cukup sekadar kita ketepi kan rasa marah,benci,sakit hati tu untuk sama2 besar kan anak2. ni saham akhirat untuk kami..

kalau tak didik betul2 apa lah yang akan bantu kita di sana nanti.. aku doa kan dia jumpa orang yang bleh jaga dia lebih dari aku.. jaga anak2 aku kalau aku di takdir kan pergi awal dari depa semua.. insyaallah aku tau dia pun nak yang terbaik untuk anak2.. tak de ape nak di gaduh kan.. sooooo... kita enjoyy !! eh ! hahahahaha..

ok,lah korang..aku tak tau nak bebel pe lagi ni.. banyakkk sebenar nya tapi belum sampai idea menulis tu.. kalau rajin mau 2 ke 3 entry sekali aku up kang..kalau malas ??? hambekkk ko.. berbulan terbiar terbengkalai.. hahaha..

selamat hari raya aidilfitri kengkorang semuaaaa... maaf zahir dan batin..

Monday, 18 May 2015

Selamat hari jadi sayang

18/5/2015 - anak kecil ni lahir 2 bulan lebih selepas aku lahir kan ammar..
Aku ingat lagi masa tu.. bawa mak g kpj tawakal nak tengok k yang baru lps bersalin..

Sampai sana.. abg yang sambut kami..tunjukkan mana baby girl dia.. kami gelak sebab si kecil ni lahir dengan berat 3.99 kg dan nasib baik k yang pilih untuk lahir kan secara czer sebab anak ke 3 dia lahir czer jgk..

Sebelum masuk ot berat baby x la sebesar tu tapi bila keluar ternyata dia mmg semangat.. hahahaha..

Aku selalu kagum tengok cara abg yang layan k yang.. rasa nya tak ada sket pun yang kurang dalam setiap layanan dia.. Alhamdulillah.. dia suami / anak dan ayah yang baik..

hari jadi si kecil ni.. demam rindu pada ayah nya.. mana kan anak sekecil ni faham.. terus dan terus bertanya.. mana ayah.. Allah.. Allah.. Allah..

Membaca status k yang je buat kan airmata aku xleh nak tahan dah.. aku pun rindu arwah.. ni kan pulak anak kecil ni..

Aku rindu nk dengar dia berdengkur bila ramai2 berkumpul.. hehehe.. aku rindu nak dengar suara dia yang kdg2 menyanyi dengan penuh perasaan.. aku rindu dengar dia buat kami semua gelak terbahak bahak 1 kedai makan..

Allah.. Allah.. Allah.. aku rindu.. apatah lagi k yang dan anak2 lain rindu kan arwah.. Allah ..Allah.. Allah.. kuat kan hati kami, Ya Allah..

Sekeping gambar memberi seribu makna buat kami.. rasa seperti dia sangat dekat saat melihat gambar ni..

Sepanjang dia sakit dan dia buat rawatan di PPUM alhamdulillah.. aku sentiasa dengan dia dan k yang.. kehulu ke hilir kami menolak kerusi roda tu.. tertdo kami atas kerusi menunggu giliran pun pernah..

Mencari pederma darah jenis O untuk dia dan mcm2 lagi kenangan yg akan aku simpan.. tenang lah abg yang di sana.. moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mu abg ipar ku..

Selamat hari jadi sayang..
Acu tau mcmana sakit nye rindu..

Selamat hari jadi sayang..
InsyaAllah.. ayah baik2 saje di sana..

Al - fatihah
Mohammad Badrul Hisham B Mohd Yusof.
* Pejuang kanser,seorang anak,ayah dan suami terbaik..

Atie Baharain
1221am
19/5/15
Shah Alam

Monday, 6 April 2015

Kasih mama

Betul..

Dugaan demi dugaan datang.. mama tetap cuba senyum walau pun payah.. demi 3 amanah Allah yang ada ni.

Mereka cuma pandai mengata tapi tahu tak depa mama nangis sendirian setiap malam rindu kan kalian? Tak tahu sebab esok nya mama bangkit dgn senyuman seperti malam tadi xde ape2.

Simpan rasa 'sakit' rindu tu jauh dlm hati. Paling kan muka setiap kali lihat ada ibu yang bergurau senda dgn anak2 nya depan mata.

Menahan air mata supaya tak jatuh walaupun dah kabur mata dek air mata bertakung setiap kali terperasan ada budak panggil mama tp bila mendongak rupanya bkn mama.

Dalam hati.. sarat dengan rasa rindu.. rasa cemburu tgk ibu lain dpt membelai anak depan mata.

Belum lagi mama telan setiap kata yang menyakit kan dari org yang rapat dengan kita.

Menahan dada bagai nak pecah bila ada yang kata rumah mereka bukan rumah kebajikan utk anak2 mama ni. Hancur luluh hati ni tapi bertahan dan seret kaki utk terus berjalan.

Mesti pedih hati anak2 mama kalau korang faham ape kata2 pedas yang di lempar kan pada kalian. Ape lah yang kalian faham tentang semua tu kan.

Bertahan syg2 mama. Bertabah la wahai hati.. lakukan demi anak2.. lakukan demi mereka yang terus menerus menghina kamu.

Moga Allah kirim kan sedikit cahaya buat kita di hujung jalan sana.

Sayang kalian bertiga kerana Allah taala. Terus kan menjadi jentera utama untuk mama terus bertahan dan jalan terus utk kita bersama.



Mama,
7/4/15
235am



Friday, 23 January 2015

New Chapter of My Life

Assalammualaikum..

Korang semua ape khabar? aku harap semua ok je. Aku macam ni lah ada masa rajin la nak update blog ada masa malas nye mengalah kan ulor sawa.. hehehe..

Dah nak masuk bulan ke 2 dalam 2015 tapi aku masih tersangkut di cerita akhir tahun 2014. December 2014 bulan yang paling aku tunggu setiap tahun. Bulan kelahiran aku.. bulan penuh makna bagi aku.

Di rai kan dengan kegembiraan tapi ye lah setiap yang gembira pasti sedih di hujung nya. Macam tu juga lah kisah aku. Di uji dengan ujian demi ujian dari sudut bisnes,kawan,keluarga dan peribadi. Terduduk tersungkur rasa nya aku.. ALLAH.. tu je yang mampu aku ungkap kan setiap kali menahan berat nya ujian.

2015.. aku harap semua nya yang menyakit kan tu cepat berlalu. Pergi lah sejauh yang mungkin supaya bahagia tu kegembiraan tu milik aku. Cepat lah berlalu di bawa angin. Cepat lah berlalu terbang jauh dari aku.

Bisnes aku jatuh teruk sampai aku rasa tak tahu mana nak pergi. Dari situ lah bermula lah perjalanan seorang perantau. Merasai pengalaman tidur di dalam kereta, di ofis orang, menahan mata tak tido.

Dalam kepayahan dan kepahitan tu Allah kirim kan sedikit demi sedikit rasa manis nya. Sebuah perjalanan yang selalu aku bayang kan, pengalaman bermusafir ke tempat orang yang tak ada siapa tau aku, kisah aku,.

Berada jauh dari kesibukan kota. Guardian dan watson bertukar kedai runcit untuk beli bahan mandian. Sarapan pagi yang dulu di kl rm10 di sini nasi lemak telur mata & teh o ais cuma rm3.50. Banyak kali aku tanya kat abang kedai tu takut aku salah dengar. hehehe.. *tamparmukasendiri*

Banyak pengalaman yang aku nak rasa dapat aku rasa. Minum air oren bodoh di gerai tepi jalan dengan suasana kampung. Kul 7 lebih balik dah tak keluar rumah lagi dah. Aunty & uncle pun tak de nak manja kan aku sangat. Pandai-pandai lah nak survive.

Ingat lagi hari pertama aku tido kat tempat aku sekarang ni.. Aku menangis macam budak rindu kan anak2,rindu kan rumah aku,rindu kan mak.. rasa macam nak lari balik kl..dalam hati cakap sampai hati dorang tinggal kan aku kat sini dengan selimut dan bantal yang aku amik dari rumah. Akhirnya aku tertido dengan alunan yassin dari hp dan terjaga balik 4 jam selepas tu.

Jangan salah faham.. aunty & uncle sangat baik and sporting gila tapi mereka orang lama. Adab di kampung tak sama seperti di bandar. Aku datang pun bukan untuk menagih simpati orang, mahu di layan seperti puteri.. siapa aku nak semua tu? Terima kasih kat bonda dan abang aku yang bantu aku jaga tentera2 kesayangan aku sementara aku bangkit mencari balik kekuatan diri.


Aku pilih jalan ni.. jauh dari kuala lumpur. Banyak kenangan.. biar lah sampai aku kuat untuk menghadapi semua tu aku akan balik.. dan kali ni balik untuk bersama dengan anak2 aku..Di saat aku jatuh tersungkur ramai yang ber sorak gembira. Biar lah.. aku dah penat.. kata kan lah ape saje.. Mungkin ini lah yuran kebodohan yang perlu aku bayar akibat percaya kan orang. Sebab kan orang lain nama aku busuk. Tapi tak ape.. Allah takkan uji aku jika aku tak mampu menghadapi nya. Aku insan terpilih untuk menjadi anak yatim seawal 9 bulan dan menjadi ibu tunggal pada umur 29 tahun.

Aku cuba untuk tersenyum dan kali ni aku janji kat diri sendiri.. aku nak jaga hati aku dulu sebelum aku letak kan senyuman tu di bibir orang lain. Ini hidup aku, kisah aku dan aku bersyukur yang Allah masih sayang kan aku dengan hadir kan orang2 yang mendekat kan aku pada DIA.

Dah tak nak lagi pandang belakang. Apa yang dah jadi.. aku kutip dan kepil kan jadi sebuah buku perjalanan hidup. Mungkin esok lusa aku perlu selak balik helaian demi helaian untuk aku sentiasa sedar apa yang aku ada ni adalah dari pelajaran yang lepas.

Buat tentera2 kesayangan mama.. Maaf kan mama sebab terpaksa heret kalian dalam situasi seperti ni.. bertahan la sayang, segala kata nista mereka yang mencaci kalian. segala sikap mereka pada kalian, bertahan ye,sayang.. semua sementara je.. mama janji mama kan betulkan keadaan ni dan kita semua akan duduk di bawah 1 bumbung seperti dulu malah lebih baik. Allah je tahu hati mama tapi mama xde pilihan.. nasib kita kurang sket dari mereka yang senang dan lebih sedikit dari mereka yang susah. Kakak,abang dan baby... tunggu mama tau.. kita kan selalu nyanyi lagu ni.

i love u,
u love me,
we're happy family,
with the big great hugs & kisses from me to u.
wont u say u love me too..

nanti kita nyanyi sama2 lagi k.. Allah jaga anak2 mama sepanjang proses ni.. Allah.. lindungi anak2 mama.. semua kena kuat & fight k..

kisah ni terlalu peribadi untuk aku cerita kan. tapi aku tulis kan secara ringkas supaya tidak ada lagi yang bertanya kemana pergi nya aku. dan selepas kalian baca ringkasan cerita ni aku harap jangan ada yang sms/wassap aku bertanya cerita itu dan ini. Bagi aku ruang. Bagi aku rasa pengalaman ni tanpa ada yang busy body. Aku masih berkawan dengan mr right atas urusan anak2.. sape2 nk try isi borang bleh lah submit kat dia ye.. hahaha.. oppss.. sorry u..hehe..

Tart nenas mama masih berjalan seperti biasa. sekarang aku mencari stokis yang bleh handle ikut negeri dan alhamdulillah..aku dah ada stokis KL yang akan incharge smua tempahan ejen dan outlet kat sana.

Thank you pada semua yang sedar 'kehilangan' aku sejak beberapa minggu yang lalu. Sayang korang.. saat ni aku tau siapa kawan siapa kawan yang gitu2 je..

Hidup terlalu singkat untuk di bazir kan dengan perkara2 yang menyakit kan..Smile and move on (^_^)




Atie Baharain
23 januari 2015
9.51pm



Wednesday, 19 November 2014

Hadapi rejection/penolak kan

Rejection doesn't mean you aren't good enough.
It means the other person failed to notice what you have to offer.
Sooo... sit back and relaks.. macam kata sifu ' SOME WILL SOME WON'T SO WHATT ? NEXTT ! '
 
 
 
 
 
Mahu jadi peniaga yang berjaya.. ini lah perisai yang MESTI ada dalam diri setiap kita. Bukan semua orang mahu dengan produk kita. Jadi kan rejection perkara yang perlu di rai kan.
Pasak kan senyuman dan terus kan berjalan.. perancangan Allah tidak pernah salah. Kita kena belajar tunduk kan ego dan menerima rejection.
 
Ini proses pusingan ke 3.. pusingan KALAH MATI.. yang berjaya akan mara ke pusingan seterus nya.. yang kalah akan buat U turn cari bisnes lain.
 
Perjalanan ni TIDAK ada lagi mana2 jutawan yang tak tempuh.. ini proses 'penyulingan' untuk mereka yang berjaya. Tak percaya?? Sebab kan rejection lah KFC se gah sekarang.. lebih 1000 kali di di tolak untuk memperkenal kan resepi ayam beliau dan lihat sekarang.. siapa tidak kenal KFC..
 
1000 kali di tolak?? Mampu ??? Inilah realiti.. sebab kejayaan tidak ada highway.. semua kena guna jalan lama.. cuma kita boleh pilih untuk berhenti di rehat & rawat yang mana boleh membantu kita capai kejayaan dengan cepat ialah elmu,guru dan mentor.
Jom..senyumm..
hehehe..mesti ada follower dari blog ni yang tak follow aku kat FB cam pelik tetiba aku post pasal ni..hahaha.. ada ke yang tak tau aku bisnes ape?? ada ke?? nanti kita share lagi pasal bisnes tat nenas cheese mama aku tu ye.. (^_^)

Sunday, 2 November 2014

Anak Jantan

Pergghh..tajuk macam cite kat panggung wayang laa...hahaha..
Malam2 ni mata tak boleh nak pejam pula. Jenuh dah cucuk2 mata suh tdo tapi tetap tak boleh.. ko dh kenapa,mata?? huhuhu..
 
Hari ni ammar ( anak ke 2) buat aku touching. Ahmad Ammar Rafiqi 3 tahun. lahir bulan sama dengan aleesya a.k.a kakak.. Ammar 12/3/11 dan aleesya 28/3/08.. dia ajar umar ( si kecik setahun lbh ) step solat rukuk,sujud dan cara org nak laung azan. Tak la betul2 sama tapi ok la..dia nampak dan dia follow step tu rupanya.
 
Ammar a.k.a abang.. selalu tanya aku sayang dia tak? bila aku cakap tak sayang dia muncung kan mulut dan tanya kenapa aku tak syg dia?hehehe.. usik je tu.. reaksi lps aku jawab ni yang paling aku alololo anak mama nihh..huhu.. aku ckp..sayang laa..mana boleh tak sayang.. abg kan 'limited edition' sebab abg sorang je gelap tak tau ikut kulit sape sebab mama n papa putih. Mata abg tuuu.. bulu mata macam che ta,mata besaaaww. Ingat boleh cari kat kedai 2 ringgit sama macam abg..lps tu dia senyum..terus minta peluk n kiss..cair la tuu..eh..cair huruf besar..CAIR..haha.. dia hari2 berkali2 akan mintak peluk n kiss.. tengah main ke..tengah tgh tv ke..dia teringat je dia akan minta.. paling..paling..paling wajib bila dia buat salah dan buat aku marah..
 
Dia ni anak manja papa sket. Tapi macamana dia manja papa dia tetap akan dulu kan aku. Keluar umah ke balik umah ke dia mesti petik bunga rumput tu kasi kat aku. Bila papa marah dia nangis ngadu.. mama.. abang nak petik bunga tu kasi mama tapi papa tak bagi.. eehh..bkn sebab papa jeles coz papa x bg mama dia bunga eh.. kihkihkih..tp sebab takut gatal2 pegang rumput..
 
 
 
 
Tengok lah tu.. geram je aku bila tengok dia tertdo...tapiii..pelaatt..perrghh dia punya pelaat tahap nak kena ada translator la nak bg faham..hahaha.. sampai k ngah aku tanya ko faham ape dia ckp,dik?? ek eleh k ngah.. orang main agak2 je kadang2 ape yg dia cuba sebut tu..hahaha.. kalau betul kira mslh selesai. Kalau tak betul haaa.. itu jadi mslh besar sebab dia akan mengamuk marah2 aku kenapa x faham ape dia ckp..adduhh.. kesian mak ko ni nakk..kihkih.
 
 
 
 
Masa ammar umur setahun lebih kami nyaris2 rasa Allah nak amik dia balik.. di sebab kan pneumonia. Tu nanti aku kongsi kan buat panduan ibu bapa luar sana. Alhamdulillah.. dia dah sihat dan kami masih pantau makanan,persekitaran yang boleh buat dia sakit.
Mama syg abg sangat2.. Alhamdulillah..Allah masih bagi kami peluang untuk jaga amanah ni..
aiissshh... nak g peluk n kiss abg jap laa..huhuhu..
 
 
 
 

28 tahun tanpa mu

Hari ni.. genap 28 tahun aku tak panggil seseorang bernama bak @ ayahanda..
Bonda jadi ibu tunggal masa umur dia 30 an. Arwah bak pergi dalam tidur sama mcm abg yang. Cerita mak, hari arwah nak pergi tu dia bawa angah naik bas mara pergi pekan amik seluar yang br siap jahit,tukar tali jam baru dan hari tu dia mntk masak lauk tengah hari ulam petai,ikan patin tempoyak (kalau x silap aku) , sambal belacan ( suka mkn dlm lesung batu je) .
 
Arwah mintak bonda mandi kan ( sama macam abg yang minta nak mandi kan ), lepas solat asar bagitau nak tdo atas tilam baru. Mengadu kat mak bahu kanan dia sakit. Dalam masa tu mak rasa tak sedap hati mintak angah panggil pakcik2 aku yg duduk berdekatan umah datang. Salah sorang pakcik aku pegang tangan dan muka arwah dan bagitau kat mak.. ni bukan tido tapi dah habis dah ni..
 
* pic kawin mak dengan arwah bak.. ni lah pic pertama aku dpt tgk muka arwah bak dan masa tu aku dah umur 15 tahun. jumpa pic ms beraya umah adik arwah bak dan keje kami membelek album lama. sebelum tu aku cuma bayang kan je mcmana rupa bak. Arwah hensem.. hehe.. sorry kena ttp muka bonda sebab zaman bonda br umur 17 tahun dan zaman dolu2 x pakai tudung..
 
 
 
 
 
Arwah pergi tanpa pesan.. mak masa tu cuma tahu menoreh getah je. Tinggal la kami 5 beradik.. abg 13 tahun,angah 12 tahun,k yang 9 tahun,chik 5 tahun dan aku 9 bulan. Dan paling kesian kat mak masa tu.. arwah ayah dia @ atuk aku baru je meninggal 44 hari sebelum arwah bak.
 
Abang aku yg sulung masa tu pun kat umah opah sebab teman kn opah. Dia sempat balik masa jenazah nak di bawa ke tanah perkuburan. Mak.. tak pernah sekali pun gagal menyedia kn keperluan untuk kami. 2 mggu lps arwah pergi mak dah ke kebun mencari duit utk kami. Abg2 smua pernah ikut mak g menoreh getah..aku?? Ikut juga..tp dlm buai je..hehe..
 
Hidup menjd anak yatim x mudah. Di ejek di buli di keji kerana hidup kami tanpa seorang bapa dan mak jadi ibu tunggal ( sebab tu aku tak hairan tak ramai kawan sebab dah biasa dari kecil mak tak bagi kami berkawan sebarangan ) Mak hebatt.. dia lah sumber inspirasi aku.. dia sll pesan suruh kami hidup berdikari supaya kalau apa2 jadi kami boleh terus cari rezeki untuk anak2. Alhamdulillah.. pesanan tu sangat berguna untuk k yang sekarang. Boleh bawa kereta,berniaga,bleh byr bil dan beli brg keperluan sendiri bila arwah abg yang outstation dulu.  Bila Allah uji dia begini.. dia tidak tertiarap jatuh ke bumi sebab tapak asas dia dh kukuh untuk berdikari. Orang kata apa guna ada suami bila semua nya kita buat sendiri. Jangan lupa.. suami cuma pinjaman dan dia hak Allah.
 
28 tahun.. bonda masih setia menjadi kekasih arwah bak. Masih mahu menjadi bidadari nya di syurga sana. The power of love..hehe..sebab arwah bak memang sangat ringan tulang membantu mak dulu, sangat baik dgn anak2 dan keluarga. Orang baik2 memang Allah selalu jemput awal kan..
 
Al - fatihah buat bak Baharain bt Abd Aziz ( 2/11/86-2/11/14)
Kami semua rindu kan bak, moga Allah lapang kan kubur bak dan letakkan bak di kalangan orang2 yang beriman.
 
Terima kasih Allah kerana pilih aku di lahir kan ber ayah kan bak. Tak pernah bersua tapi dia ayah aku. Dan aku sayang kan dia.

Friday, 31 October 2014

Resepi : Sotong Black Pepper/ Lada Hitam

Perrgghh.. resepi ke dua dalam blog aku ni pun ber punca dari si sotong.. hahaha.. resepi ni aku dapat dari makcu mr right. Tak de belajar pun.. makan pastu mr right minta buat kan..aku main agak2 je resepi tu daripada rasa anak tekak dan anak mata aku tengok bahan2 nya.

Isshh.. bebel panjang plak ! Nah ! ni resepi versi campak2 dari kak yong..hohoho.. (kejap ahkak,kejap mek jah,kejap k yong..eehhh..sukahati aku lah..blog aku..bueekk ! )

-
-
-
-
-
-
-

rilexxxx.. tayang gamba dulu baru resepi.. kome ni kannnnnnnsss.. (^_^)



 
 
Taaraaaa.. ni lah ghupanya.. nak buat senang bebenorr.. ok jom sinsing lengan baju ( auww..mcm la kome ddk umah pakai bj kurung Kedah mcm org dolu2 tu kan..kihkihkih ) kita tengok resepi !
 
 
 
 
RESEPI :
 
 
- Sotong 500 gram ( di cuci dan si potong bulat mcm pic tu lerr )
- Kacang buncis senggengan
- kobis bunga ( nak campur sayur pun xde mslh.. derhaka resepi tu biasa..hehe )
- Bawang besar
- Garam
- Serbuk Kunyit
- Minyak ( kena sebut sat lagi ada yg goring guna butter...hehehe )
- Black pepper sauce ( brand Puteri ) yg dalam botol tu.
- Black Pepper biji yang di pecah2 kan sket atau pakai je yg brand ajinamoto tu..
 
 
 
 
Cara nyaaaaaaaa :
 
 
- Panas kan kuali dengan minyak yang mcm nak tumis bawang je tu.. x banyak n x la sikit sangat.
 
- Sotong di lumur serbuk kunyit & garam ( mcm nk goring ikan tu ) dan mskkan dalam kuali.
-
-Pastu masukkan sayur2 semua. Jangan masuk lambat sangt sbb takut sayur tu x masak lagi bila sotong dh masak.
 
- Dah nak masak tu campak bawang merah yang di hiris halus. sukahatilah nk hiris bulat ke petak ke..
 
- Kacau sekejap dan masukkan sos b/pepper brand puteri dan juga b/pepper kasar tadi.
 
- Rasa kalau cukup masin tak payah tambah garam kalau x rs masin letak laa garammm..aduyaaii..
hahahaha..
 
- Sotong dah masak,sayur semua ok,rasa ok .. boleh angkaatt dan hidang kan.
 
 
 
Makan dengan nasi panas + ikan goreng perrrggghhh.. confirm ber pinggan korang makan.
 
Burrrpppp.. Alhamdulillah.. opss ! sorry.. yang dalam pic tu dah selamat masuk perutt..hihi..
 
so??? sila lah cuba resepi campak2 aku ni dengan GUMBIRAAAA !!! \^_^/
 
 

Selamat Tinggal,Abang Yang.

Assalamualaikum.

Pada yang ikut perkembangan aku kat FB aku pernah share pasal kisah Abg Yang ( abang ipar ) yang di sah kan kanser buah pinggang stage 4. Aku ingat lagi masa tu aku yang sorong wheel chair dia masuk bilik pakar sebab kak yang tengah amik nombor untuk next appoiment. Bila doktor pakar bagitau pasal sakit dia dan kesan serta rawatan yang bakal di lalui aku rasa macam nak menangis menjerit kat situ. Bila tengok dia cool je dan kejap-kejap pandang aku bila pakar terang kan pasal kos perubatan yang agak tinggi untuk sebulan. Aku merenung jauh ke anak mata satu-satu nya abang ipar aku ni. Mampu ke kita? dia soal aku bila doktor bagitau harga sebulan ubat yang perlu di ambil selepas operation. Demi Allah waktu tu aku tak tau macamna nak dapat kan duit sebanyak tu setiap bulan tapi aku cakap.. Allah akan atur kan yang ter baik untuk kita. Allah bagi kita kelebihan untuk kita usaha. ( Alhamdulillah..ramai pihak membantu dan kami dapat menyedia kan ubatan untu beliau)

ni gambar dia kat hospital masa raya haji. Sebulan lebih dia masuk PPUM selepas operation hari tu.




Aku selalu berdoa moga selepas pembedahan abg yang mampu ber interaksi dengan kami dan alhamdulillah Allah makbul kan doa aku. ( entri ni aku dah tulis 2 hari sebelum abg yang tinggal kan kami. Aku save tanpa publish sbb kononya nak letak gambar selfie dengan dia baru publish..tapi..... Aku tak sempat nak selfie dgn dia pun..konon nya nak mengusik dia je..ajak selfie..rupanya..dia yang 'usik' aku )





Alhamdulillah..katil ni pemberian kawan-kawan beliau dari PERODUA ke DRB HICOM. Abg yang ni sangat baik dengan kawan dan sehingga sekarang setiap hari kenalan dari perodua dan drb hicom akan datang ziarah dan sentiasa pasti kan semua keperluan dia cukup dan lengkap. Terima kasih saya ucap kan juga pada NGO yang memberi mesin oksigen untuk beliau.

Hari tu bonda bagitau abg yang mimpi mr right tolak kan wheel chair dia. Semalam kami luang kan masa sekejap jenguk dia. Sempat la saya tolong k yang urus kan abg yang. Rasa macam nak pecah dada ni menahan sebak bila dengar dia sebut Allahuakbar tanpa henti sebab kan sakit di luka terbuka belakang dia sebab baring lama. ( abg yang dah tak boleh duduk sendiri )

Tengah hari tadi bonda call bagitau abg yang nak makan chicken chop dan bonda minta saya dan mr right buat kan ( dalam family kami memang chef utk makanan western dan menerima tempahan katering western kecil-kecilan ). Kami terus ke giant mencari bahan sebab kedai frozen tutup ahad kat kawasan kami. Kami capai apa yang ada untuk jadi kan juga chicken chop untuk abg yang.

Nak balik saya dengar dia panggil k yang bagitau tak selesa dengan kedudukan dia dan sakit sangat belakang dia. Saya bantu betul kan beberapa kali tapi dia masih kesakitan. Bila betul kan satu kedudukan saya tanya dia ok tak sakit lagi ke dia cakap sakit dik. Allahuakbar ! KAU ampun kan lah dosa kami Ya Allah. Kasihani lah kami Ya Allah.

Abg yang.. adik nak balik dah.. chicken chop adik dah masakkan.. nanti makan sikit ye..
Dia buka mata dan pandang cakap ok..Aku peluk dan cium dia berkali-kali sebelum balik sebab tu lah kali pertama dia buka mata pandang aku bila bercakap kalau tak sebelum ni dia tdo je.



24hb Oct 2014  (JUMAAT)

Pagi tu anak2 baru tertido. Aku dengan Mr Right tengah sembang dan dia cakap macam ada orang kat luar. Di intai kat luar tapi tak de siapa dan aku pulak rasa macam ada sesuatu tak kena bila ada rasa seram sejuk. Baru je baring telefon bergegar ( vibrate shj xde bunyi sbb aku silent phone ) tengok jam 2.53 pagi dan nama tertera ' KANDA ATIE 013 ' automatik kepala dah fikir ada sesuatu berlaku.

Angkat je dengar suara k yang menangis dan suruh aku datang rumah angah sebab abg yang dah takde. Dia pergi tanpa kata2 akhir..dia pergi tanpa ada siapa pun kat sisi dia.. dia pergi dalam tidur.

Jam 12 mlm kali terakhir k yang tengok dia, bagi ubat dan suruh tido. Jam 230 pagi k ngah bangun tengok dia dah kaku. Tiub oksigen dah letak elok ke tepi. Tasbih di tangan di tarik elok sangkut ke siku.

Menjerit aku sambil minta Mr righ peluk. Betul ke semua ni berlaku sepantas ni? Aku angkut anak2 masuk kereta dan sepanjang perjalanan aku diam. Bila dah nak sampai rumah angah tangan dah mula sejuk,dada dah mula sesak,airmata tak boleh nak tahan. Bila sampai sana tengok ambulans pun dah sampai dan depa dah sah kan memang abg yang dah takde. Tak sanggup nak selak kain selimut yang tutup muka dia. Aku peluk k yang dan k yang menangis mcmana dia nak terang kan pada anak2 dia yang ayah depa dah tak ade. Aku tengok fiqa yang berusia 3 tahun tu lena di buai mimpi kat tepi kami. Alahai,syg.. kamu lbh kurang sama mcm acu dulu.. 9 bulan dah xde ayah.. Aku try relax lagi walapun Allah je tahu rasa dlm hati ni.

Dada macam nak pecah tengok reaksi 3 lagi anak2 buah aku yg baru sampai dr tg malim. Faiz umur 7 tahun masuk dan terpaku..perlahan2 k yang panggil dan  peluk bgtau ayah dah takde. reaksi nya menangis tapi masih blur seperti tak brp faham apa jadi. Masuk pula Dik Ngah anak kedua depa dada makin sempit.. dia melangkah masuk dengan muka yang pelik..perlahan lahan berjalan sambil tengok sekujur tubuh yang dah tak lagi bergerak.. perlahan2 dia melurut ke dinding untuk bertahan dan menangis tersedu sedu. Along terpaksa di pimpin masuk .. kat depan pintu dia terduduk menangis tengok abg yang. Apa ni,bu? Apa ni,bu?  dia soal bertalu-talu..k yang panggil semua dan peluk bgtau ayah depa dah tak ade.. ( menaip ni pun air mata tak boleh nak berhenti mengalir..)

Bonda kena pimpin masuk dan rebah. Allahuakbar..Allahuakbar..kuat kan kami Ya Allah.. dari jam 4 pagi tu sampai lah jenazah di bawa ke masjid batu 3 untuk di mandi dan di sembahyang kan tak putus-putus kawan2 arwah datang. Selesai solat jenazah kami di beri peluang untuk memberikan ciuman terakhir. Allah.. Allah..Allah.. hati berlagak kuat.. dari tadi boleh tersenyum untk hilangkn sedikit rasa di hati tapi bila abang panggil aku untuk cium abg yang. Allah.. sakit nya dada menahan air mata..Allah.. aku cium dahi dan pipi nya lama.. rehat lah abg yang.. hilang dah segala kesakitan.. terima kasih menjaga kakak dan anak2 buah adik dengan sangat baik. Semua permintaan mereka abg yang cuba tunai kan. semua kelengkapan dan keperluan mereka tak pernah kurang sedikit pun.InsyaAllah adik jaga kak yang. InsyaAllah tak pernah biar kan k yang melalui semua pengalaman ni bersendirian. ( wajah dia bersih dan tersenyum.. mungkin lega hilang semua rasa sakit )

Jenazah di bawa balik ke tg malim untuk di semadi kan. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Ketika jenazah tiba ke Tanah perkuburan cuaca agak panas. Saat talkin mula di baca cuaca berubah mendung, angin kuat sehingga tertunduk2 semua pokok di sekeliling kami dan saat hampir selesai hujan lebat selebat2 nya turun membasahi bumi. Ramai sahabat yang dari shah alam mengiringi hingga selesai semua urusan pengebumian.. MasyaAllah.. memang ramai..

Hari ni..dah 8 hari abg yang pergi. Setiap kali menyebut nama dia utk sedekah al fatihah hati sebak sangat2. Pergi sudah abg yang.. abg ipar yang aku kenal dari darjah 3.. yang selalu bergurau senda..yang selalu lawan gaduh dengan aku. dan kek hari jadi dia tahun ni dari air tangan aku sendiri.. Ya Allah..( susah menulis sambil menangis.. kabur mata,hinguih lagi..huhu )



 
ni kek yang kak yang mintak aku buat kan untuk abg yang untuk hari jadi dia tahun ni. 1st time sambut birthday dia dan dia rasa air tangan aku. Semua tinggal kenangan yang akan di kenang sampai bila2. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh abg yang,di lapang kubur nya dan di letak kan di kalangan orang2 yang beriman.. Amiin..
 
 
Al fatihah buat Muhammad Badrul Hisham Mohd Yusof  (3/2/69 - 24/10/14)
Pejuang kanser dan akhirnya kembali pada Pencipta slps hampir 3 bulan slps operation.
Seorang anak,suami,ayah,sahabat dan ayah yang sangat2 baik.

 

Sunday, 12 October 2014

Rindu aku tak??

Assalammualaikum..

knok ! knok ! Ada orang kat dalam tak? huhu.. dah ada labah-labah agak nya blog ni sebab puan punya diri busy tahap gaban. Aku lately memang busy sangat-sangat tapi siapa follow fb aku tau la yang aku ni masih wujud kan.

Mood nak menulis pun entah ke mana hilang bagai di tiup angin senja..aiceehh.. nak datang kan mood balik tu la gigih aku menukar background blog ni kasi ceria sket. Bila ber wajah baru ni semangat nye pun lain macam seronok nya tapiiii...hahaha bertahan berapa lama tu aku tak pasti la ye. maklum lah aku ni banyak pegang 'jawatan' penting. Siapa yang dah berkahwin dan dah ada anak tahu lah apa maksud aku ni.

Blog ni dulu aku wujud kan sebab aku suka membebel dan bercerita tentang macam-macam hal. Konon nya nak share la dengan korang tapi tu lah kadang-kadang banyak nak share tapi tak tahu macam mana nak terjemah kan dalam bentuk tulisan.






Nah ! kat siapa yang rindu aku tu ( ada ke yang rindu aku..hahahaha sekeh pale sendiri kang baru tau (^_^)  kihkih ) aku belanja gamba seketoi.. ammar ni sekarang dah pandai kome weeehh nak ber selfie bagai kat hp aku ni. Ni semua belajar dengan anak dara sorang tu la.. alessya terjebak dengan kakak sedara dia la tu ber selfie mulut itik la,peace la, bagai-bagai gaya la.. adoii.. ter simpul usus kecik mama ko ni nakk oii nengok budak 6 tahun pandai ber selfie.. huhuhu..

ok,lah korang. Aku tamat kan bebelan pagi buta aku ni setakat ni dulu. Nanti aku jumpa korang lagi di entry bebelan mak temah yang akan datang.. maju lah 20 sen untuk negara !! eehh..krik krik.. k, bai ...hehehehe..

Tuesday, 19 August 2014

lawak pagi hari..


Kejadian pagi tadi : 

Alessya : papa..papa.. 

Papa : kroh.. kroh.. dengkur kaw kaw punya kuat..

Aku : buka mata sebelah tengok jam.. 3.45 pagi... sementara ituuuu..

Alessya : Papa.... boleh slow sikit tak dengkur tuu..kakak nak tidooo ( sambil nangis tutup telinga dengan bantal )

Aku : gelak kihkihkihkihkih... ingat kan dia gerak papa nak bgtau nak p toilet rupanya dia bebel papa tido dengkur sampai semua orang tido tak lena.. hahahahaha




Buat pertama kali nya alessya membebel sebab papa dengkur kuat sangat.. hahaha.. sebelum ni dia tutup muka dengan bantal je.. hihihihi....

Dia penat sangat sebab semalam kami seharian dari pagi kat hospital tunggu abang yang operation.. langsung tak rehat.. dah penat sangat dengkuran juga makin hebat la.. ammar pun asyik mengamuk je sebab dia tidur sebelah.. pfffttttttttttttt.....






Thursday, 14 August 2014

SOTONG TELUR MASIN ala SHARIN LOW


Aku ni memang suka chinese food,korean food,japanese food.. bukan aku je.. mr right dan anak2 pun memang suka.. bab makan memang kami lah juara..kihkihkih..
Antara masakan yang memangggg buat aku sanggup ajak mr right g makan hari2 kat sharin low tu sotong telur masin.. subhanallah.. sedappp gilosss sampai rasa mcm nak jilat pinggan tu..bleh byg kn tak sedaap nyaa..hohohoho..

Tau la harga nya berapa kan sepinggan.. hari2 makan kopak la yang oii.. padahal pasar borong sri kembangan tu dekat je dengan umah.. berkilo2 bleh buat sendiri kalau tau resepi masa tuu.. masaaa tu laaaaa..sampai aku ckp kat mr right aku nk tebal kan muka masuk kitchen depa bleh tak..sebab aku nk tgk mcmana chef masak..lompaat bintanggg la akuuu kan...bila mr right kata pegi laahh...tapi..

-
-
-
-

Aku tak pergi pun..hahaha..malu woo kalau kena halau...gilosss.. maka misi try and adjust by atie baharain pun bermulaaaaaa... dan mangsa nyaaaa mesti lah dia dan anak2..hihihi...sebab aku tanya mr google semua resepi aku try tak samaaaa... fed up laa aku.. sampai laaaa satu harii....jeng..jeng...jeng..
Aku pun mulakn misi menyepah kan dapur..mr right tgh sidai kain pun kejap2 tanya.. jadi tak.. sama tak rasa nya.. lagi nerbess i taaauuu.. pakcik tu cerewet gak bab rasa ni kalau yg pelik2 aku nak masaakk..

Bila dah siaaappp...aku rasaa 1..ish..xkan la kot..amik lagi 1..isshh.. mana bleh jadi mcmni ni..amik lagi 1..errrmmm..jadddiii wwooo..sebiji rasa nya tekstur nyaaa...dan hari tu juga aku istihar kan dah tak payah makan kat sharin low dahh sebab aku dh bleh buaatt...lalalalala..
ape? nak resepi ? alaaaa... hari tu dah 2 kali aku share kat fb.. korang gali la kat sana..hahhahaha..
ye la..ye la.. mlm ni aku tempek lagi sekali kat blog semut aku ni..bleh buat rujukan di masa akn datang..

jom! kita lihat bahan-bahan nya ye...




SOTONG TELUR MASIN

 500 gm sotong segar ( bersih kan dan potong ikut sukahati hangpa laa )
3 sudu besar butter..
3 tangkai cili padi ( kalau tak nk berasap telinga bleh kurangkan )
1 tangkai daun kari 
2 biji kuning telur masin ( di rebus,di asing kan kuning dan hancurkan)
tepung ubi
2 biji kuning telur  (hancur kan utk celup sotong sebelum di goreng )
gula secukup nya
1/2 kiub ayam knorr


Cara-cara nya : -

* panas kan minyak dalam kuali..
* celup sotong dalam kuning telur dan salut dengan tepung ubi..goreng sehingga kekuningan..ulang sehingga habis sotong..
* masukkan butter dalam kuali bersih dengan api sederhana.. butter yang mula nak mencair kacau laju2 dengan sudip dan masukkan kuning telur masin..
* dengan bahan tadi masih di kacau masukkan daun kari,cili padi,gula & kiub ayam..
kacau hingga berbuih dan cepat2 masukkn sotong yang dah siap di goreng..perlahan kan api dan kacau sebati. Siap untuk di hidang.. ( eeeehhh.. tutup la apiii dulu baru hidang...)

** nota tapak sulaiman : ni sukatan campak2 yang aku selalu buat..alhamdulillah..jamu tetamu pun depa suka.. jamu adik beradik aku??? habis licin pinggan sudu segala..hehehe.. selamat mencuba !!!







Di sini ber mula..

Entri ni mama tuju khas untuk tentera2 mama. Hidup kita tak seperti sekarang sebelum ni. Ketika hidup kita di uji dengan ammar sakit radang paru-paru yang berminggu kita duduk hospital, Allah hantar 'rezeki' si ahmad umar rizqi dalam keluarga kita.

Semua nya tak mudah hidup di kota ni tapi keajaiban berlaku bila setiap ujian yang Allah bagi kita berjaya tempuh dengan senyuman. Allah anta bulan untuk terangi jalan hidup kita yang samar. Allah anta aunty moon,sayang.

Apa yang kita ada hari ni pintu nya aunty moon yang suluh dan berkat kerja keras,usaha dan kegigihan mama untuk bantu papa jana ekonomi keluarga dan mahu anak-anak mama hidup seperti anak orang lain tanpa perlu kita dengar lagi yang kita ni asyik menyusah kan orang.

Bila sampai masa mama dah tak ada lagi di muka bumi ni.. sentiasa lah kalian ingat dan kenang aunty moon. InsyaAllah mama akan usaha lebih lagi untuk memperkenal kan tat nenas mama pada dunia..dan bila orang tanya siapa yang bawa kita sehingga kita berjaya akan datang kata kan pada mereka bulan (aunty moon) yang terang kan cahaya kejayaan buat kami dengan izin Allah s.w.t

Sahabat saya di luar sana, hidup ini bukan seperti dalam novel yang semua nya indah belaka. Setiap dari kita ada lakaran kisah nya,setiap dari kita ada kisah susah nya tapi jangan sesekali mengeluh menyalah kan Allah andai hidup kita tak sebaik orang lain.

Bangkit dan usaha mecari jalan keluar dan percaya lah kalau kita berserah segala nya pada Allah,.Dia akan bantu kita dengan cara yang kita sendiri tak sangka. Seperti kisah saya, k moon tak pernah ajar saya meniga, tak pernah ajar saya cara untuk kembang kan perniagaan saya, bagi saya pinjam duit atau sebagainya.

Tapi k moon terang kan jalan dan saya amik peluang tu untuk melompat keluar dari kotak hidup saya yang sempit. Tak pernah sekali saya kata tidak,semua yang customer minta saya usaha kan walaupun saya pernah tak lebih dr 24 jam menyiap kan tempahan yang banyak. Bawa 3 orang tentera dengan umar baru umur 2 minggu,ber henti tepi jalan menyusukan dia dulu baru teruskan penghantaran. Dari tak tahu jalan saya usaha cari jalan. Sebab TIDAK ada alasan dalam kamus saya.

Ada antara kenalan panggil saya supermama dan tanya dari mana saya ada tenaga luar biasa ni. Jawapan nya ada adalah diri sendiri.. diri saya sendiri yang mahu lakukan perubahan..saya tak mahu lagi tebal muka meminjam duit dari adik beradik dan bonda..saya tak mahu lagi terpaksa mengipas anak2 sepanjang malam kerana bekalan elektrik di potong. Bukan sekali tapi berkali-kali.. Sudah kering air mata saya menangis bila saya terpaksa call bonda minta ikan yang dah tak elok di jual untuk buat makan anak2.

Kalau ada kata suami saya mcm2 saya dengan sekerasnya nafi kan. Mungkin pada orang dia sepatutnya usaha lebih sbb ketua keluarga. Dia orang yang rajin bekerja..dah 11 tahun dia di syarikat dia sekarang.. pernah dia balik menangis sebab gajinya tahunan dia naik hanya rm40 sahaja..11 tahun dia di bekerja di situ dan dia memang tak pandai bermain politik pejabat untuk naik pangkat atau gaji. Dia luah kan pendapat dengan lantang bila di tak suka cara orang atas bekerja. Cuma nasib dia tak sebaik orang lain di pejabat agak nya.. pernah saya call dia waktu tu tengahri..tanya dia makan apa dan jawapan dia buat saya sebak bila di ingat sampai sekarang.. " saya makan biskut yang ada kat pantri ni je,duit tak ada nak pergi makan nasi " demi Allah saya sedih.. di rumah saya masih bleh makan nasi walau pun berlauk kan ikan bilis..tapi dia?? perlukan tenaga untuk bekerja..

Alhamdulillah.. dia x pernah halang saya maju kan diri.. ada masa dia seperti terasa hati dan kata saya dah berduit tak perlukan dia.. Encik Ahmad sheryzaimi Ahmad termizi semua ni takkan berjaya tanpa izin dan restu awak.. saya bukan pandang pada harta tapi pada keserasian yang kita berdua ada.. awk je yang boleh terima buruk baik saya..hadap perangai saya yang betul2 menguji kesabaran awk.. mcm awk selalu kata..semua sikap saya ni semua dlm poket awk je.. hahaha.. jgn rasa cam tu k.. isteri untuk meyenang kan suami dan saya harap saya membantu awk.. 1 hari nti.. saya nak awk berhenti kerja dan jadi bisnes partner saya dalam company ni..

huhu..panjang pula cerita kali ni.. sorry kalau buat korang menguap dan tertido.. saya memang suka bebel..hahaha...

siapa bulan ?? klik di entri di blog kak munirah moon (^_^)



Lots of love,
Atie Baharain

Wednesday, 13 August 2014

13/8/2014 - PPUM

Hari ni kali ke dua aku derma darah selepas kali pertama dulu pada tahun 2004 masa tu aku kat kolej. Baru keluar hospital masa tu sebab masalah kesihatan tapi terpaksa minta keluar sebab aku jadi freshie ( betui ka ejaan ni ) untuk intake baru budak junior kat KLIUC,bangi.

Kali ni perasaan tu sikit berbeza sebab aku tau kali ni darah aku tu untuk kegunaan abg yang ( one n only abang ipar ) untuk operation penyakit dia. Aku tak berani nak umum kan dulu penyakit dia sebab aku takut akan buat hati anak2 buah dan kakak aku lagi sedih. Aku ada fikir nak cerita kan pada korang proses perubatan dan apa yang kami dah usaha kan, kos perubatan dan perbelanjaan supaya boleh di jadi kan rujukan pada korang yang mungkin menghadapi situasi yang sama dengan abang yang.

Penyakit yang dia hadapi sekarang peratusan orang yang kena tu tak sebesar jenis kanser lain. Aku ber syukur sebab ujian ni buat aku adik beradik dan adik beradik abang yang boleh berkumpul dan sama2 bagi sokongan antara satu sama lain.

Sedih siapa tak sedih tengok keadaan dia tapi aku bersyukur sebab sampai sekarang dia masih boleh berjalan, makan dan bercakap macam orang biasa. Aku dan yang lain2 cuba untuk kuat sebab aku tau kak yang dan anak2 lebih sedih dan berat menerima ujian ni. Apa la sangat kesedihan kami ber banding anak2 buah aku yang cuba buat tak faham keadaan ayah dorang. Sembunyi kan rasa sedih dorang ayah yang dulu boleh di ajak ke sana ke mari sekarang dah terbatas nak berjalan jauh kecuali pergi berubat.

Allah kurnia kan abg yang dengan sahabat2 yang baik2 belaka. Sanggup datang dari sarawak,kelantan,taiping semata untuk tengok dia. Hulur kan bantuan pada dia walaupun dia tak nak. Abg yang sangat di segani di kalangan sahabat2 dia. Aku kagum sebab tak kira bangsa dan agama mereka sentiasa ada di belakang abg yang.

Aku mohon doa dari kalian. Doa kan mohd badrul hisham kembali sihat dengan izin Allah dan aku mengharap kan keajaiban berlaku. Aku tau aku ada kawan2 alam maya yang sangat prihatin untuk menderma pada abg yang. Nanti aku dapat kan keizinan dari kak yang dulu ye. Apa-apa pun aku ucap kan terima kasih banyak2 atas doa dan sokongan kalian. 




PPUM memerlukan darah untuk mengisi tabung darah mereka. Aku seru pada semua tidak kira jenis darah pergi lah menderma sebab kita tak tahu nasib kita akan datang.

Tuesday, 12 August 2014

Nak kena samak ke??

Kat rumah aku ni selalu ada kucing datang kadang2 sampai 3 ke 4 ekor. Alessya selalu cakap kesian sebab " cat datang tak de makanan " sampai 1 hari kucing sekor tu datang aku tengah makan ayam. Aku cakap amik tulang ayam ni bagi kat dia.

Alessya dengan ammar bebel kat aku ape la mama ni.. kucing mana makan tulang. Ye ke? rasanya dulu aku selalu je bagi tulang ikan kadang2 tulang ayam masa kecik2 kat kucing aku. Kucing zaman sekarang dah tak pandai makan tulang ke camne? haisshhh..hahahaha..

Lepas kena sound tu la aku gigih membeli stok makanan kucing dengan bekas makan nya sekali letak depan rumah ( dalam pagar ) supaya ada makanan untuk kucing2 yang datang ziarah aku sekeluarga.

TAAAAPIIIIII..... apa yang aku jumpa hari ni merungkai segala persoalan aku selepas aku balik cuti raya hari tu. Aku pelik kenapa makanan kucing aku dalam plastik habis di gigit dan semua makanan tu habis. Tapi aku ber sangka baik cakap kat mr right mungkin kucing tu lapar sangat tu sampai gigit plastik.

Hurmm..hurmmm.. yang menambah lagi pelik tu sekor kucing pun dah tak ziarah aku lepas raya ni. Aku beli juga makanan kucing letak macam biasa tapi kadang2 habis kadang tak habis. Aku ingat kucing merajuk dengan aku sebab seminggu cuti tu tak ada makanan. Rupa - rupanya... jeng jeng jeng... tadi aku nampak anak anjing yang makan makanan tu..!!!!

Terkejut aku.. memang ada nampak beberapa kali anak anjing tu masuk pagar rumah tapi tak sangka plak makanan kucing tu yang dia nak makan. isshh.. x nampak ke kat paket makanan tu muka kucing bukan mu la anak anjing ooiiii..

Masalah aku sekarang ni dah berapa kali aku dgn anak2 dok pegang bekas makanan tu nak refill makanan dalam bekas. Kalau anjing yang makan n jilat bekas tu selama lps raya ni.. huwaaaaaaa.. aku kena samak ke???????? achaner nak buat weeehhhh...





Aku Atie Baharain

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. dapat juga buka 1 blog untuk kongsi macam-macam cerita. Hahahaha.. macam la ada sangat orang nak baca blog aku yang kecik kuman ni kan ( * sambil tunduk kuis kuis tanah *).
Let me introduce myself.. pergghh speaking uolls.. ggrr.. aku atie baharain, anak ke lima dari 5 orang adik beradik. Anak bongsu yang suka perasan dia manja dan suka ikut kepala degil dia. hoho..nampak je kental tapi dalam hati ada taman munga-munga siap rama-rama lagi. Ngee =)

Aku dah kawin dan ada seorang anak dara ( alessya ) dan 2 teruna ammar & umar. Suami ?? Ada satu tu je. Minta-minta kekal ke hujung nyawa. amin.. Eh? Bukan doa selalu sampai Jannah ke ? hurmm.. aku takut dia tak pilih aku je kat Jannah nanti lepas jumpa bidadari2 yang cun-cun kat sana tu. huhuhuhu..

Ok lah.. malas nak bebel panjang-panjang dalam 1st entri ini. Nanti ada yang menguap nak baca. Jumpa next entri laaaaa giteww... sebelum korang tekan button next blog layan la dulu sekeping dua pic aku n family kecil aku. Untu siapa yang tak kenal aku la. yang dah kenal tak nak tengok pun tak pe.. huhuhu


haaaa.. aku la atie baharain.. ehhhh... ni bukan kat negara yang menari pakai tempurung kat dada tu hahaha.. ni kat victoria station jalan ampang masa malam hari jadi mr right aku. Mak mertua belanja sedaappp wooo.. korang jangan pelik sebab aku memang gini. jumpa bunga aku selit kat kepala g jalan2. Kadang2 alessya main sticker princess ke hape aku amik tempek kat pipi g round shopping mall. saje suka benda pelik2.. mr right pun macam redhoooo je lah bini dia gini.. kuangkuankuang..




Ini pula mr right dan tentera2 kecil aku masa tengok wayang cerita hercules raya ke 2. Susah gak nak bawa anak sampai 3 orang p panggung wayang. Dulu masa cintan cintun campak2 batu dalam air tasik tak nak pula pegi dah beranak pinak ni la datang gila nak p. Ada cara nya kalau nak mudah kan masa tengok tu.. itu pun bila2 aku free nanti aku share. 




ok lah.. terima kasih baca blog aku yang semut2 ni.. (^_^)

Aku, dia & lavender.

Dalam tahun ni dah 3 kali aku dapat tapak meniaga kat MARDI CAMERON HIGHLANDS. Banyak kali dengar orang cite pasal taman lavender ni tapi ta...