Friday 31 October 2014

Selamat Tinggal,Abang Yang.

Assalamualaikum.

Pada yang ikut perkembangan aku kat FB aku pernah share pasal kisah Abg Yang ( abang ipar ) yang di sah kan kanser buah pinggang stage 4. Aku ingat lagi masa tu aku yang sorong wheel chair dia masuk bilik pakar sebab kak yang tengah amik nombor untuk next appoiment. Bila doktor pakar bagitau pasal sakit dia dan kesan serta rawatan yang bakal di lalui aku rasa macam nak menangis menjerit kat situ. Bila tengok dia cool je dan kejap-kejap pandang aku bila pakar terang kan pasal kos perubatan yang agak tinggi untuk sebulan. Aku merenung jauh ke anak mata satu-satu nya abang ipar aku ni. Mampu ke kita? dia soal aku bila doktor bagitau harga sebulan ubat yang perlu di ambil selepas operation. Demi Allah waktu tu aku tak tau macamna nak dapat kan duit sebanyak tu setiap bulan tapi aku cakap.. Allah akan atur kan yang ter baik untuk kita. Allah bagi kita kelebihan untuk kita usaha. ( Alhamdulillah..ramai pihak membantu dan kami dapat menyedia kan ubatan untu beliau)

ni gambar dia kat hospital masa raya haji. Sebulan lebih dia masuk PPUM selepas operation hari tu.




Aku selalu berdoa moga selepas pembedahan abg yang mampu ber interaksi dengan kami dan alhamdulillah Allah makbul kan doa aku. ( entri ni aku dah tulis 2 hari sebelum abg yang tinggal kan kami. Aku save tanpa publish sbb kononya nak letak gambar selfie dengan dia baru publish..tapi..... Aku tak sempat nak selfie dgn dia pun..konon nya nak mengusik dia je..ajak selfie..rupanya..dia yang 'usik' aku )





Alhamdulillah..katil ni pemberian kawan-kawan beliau dari PERODUA ke DRB HICOM. Abg yang ni sangat baik dengan kawan dan sehingga sekarang setiap hari kenalan dari perodua dan drb hicom akan datang ziarah dan sentiasa pasti kan semua keperluan dia cukup dan lengkap. Terima kasih saya ucap kan juga pada NGO yang memberi mesin oksigen untuk beliau.

Hari tu bonda bagitau abg yang mimpi mr right tolak kan wheel chair dia. Semalam kami luang kan masa sekejap jenguk dia. Sempat la saya tolong k yang urus kan abg yang. Rasa macam nak pecah dada ni menahan sebak bila dengar dia sebut Allahuakbar tanpa henti sebab kan sakit di luka terbuka belakang dia sebab baring lama. ( abg yang dah tak boleh duduk sendiri )

Tengah hari tadi bonda call bagitau abg yang nak makan chicken chop dan bonda minta saya dan mr right buat kan ( dalam family kami memang chef utk makanan western dan menerima tempahan katering western kecil-kecilan ). Kami terus ke giant mencari bahan sebab kedai frozen tutup ahad kat kawasan kami. Kami capai apa yang ada untuk jadi kan juga chicken chop untuk abg yang.

Nak balik saya dengar dia panggil k yang bagitau tak selesa dengan kedudukan dia dan sakit sangat belakang dia. Saya bantu betul kan beberapa kali tapi dia masih kesakitan. Bila betul kan satu kedudukan saya tanya dia ok tak sakit lagi ke dia cakap sakit dik. Allahuakbar ! KAU ampun kan lah dosa kami Ya Allah. Kasihani lah kami Ya Allah.

Abg yang.. adik nak balik dah.. chicken chop adik dah masakkan.. nanti makan sikit ye..
Dia buka mata dan pandang cakap ok..Aku peluk dan cium dia berkali-kali sebelum balik sebab tu lah kali pertama dia buka mata pandang aku bila bercakap kalau tak sebelum ni dia tdo je.



24hb Oct 2014  (JUMAAT)

Pagi tu anak2 baru tertido. Aku dengan Mr Right tengah sembang dan dia cakap macam ada orang kat luar. Di intai kat luar tapi tak de siapa dan aku pulak rasa macam ada sesuatu tak kena bila ada rasa seram sejuk. Baru je baring telefon bergegar ( vibrate shj xde bunyi sbb aku silent phone ) tengok jam 2.53 pagi dan nama tertera ' KANDA ATIE 013 ' automatik kepala dah fikir ada sesuatu berlaku.

Angkat je dengar suara k yang menangis dan suruh aku datang rumah angah sebab abg yang dah takde. Dia pergi tanpa kata2 akhir..dia pergi tanpa ada siapa pun kat sisi dia.. dia pergi dalam tidur.

Jam 12 mlm kali terakhir k yang tengok dia, bagi ubat dan suruh tido. Jam 230 pagi k ngah bangun tengok dia dah kaku. Tiub oksigen dah letak elok ke tepi. Tasbih di tangan di tarik elok sangkut ke siku.

Menjerit aku sambil minta Mr righ peluk. Betul ke semua ni berlaku sepantas ni? Aku angkut anak2 masuk kereta dan sepanjang perjalanan aku diam. Bila dah nak sampai rumah angah tangan dah mula sejuk,dada dah mula sesak,airmata tak boleh nak tahan. Bila sampai sana tengok ambulans pun dah sampai dan depa dah sah kan memang abg yang dah takde. Tak sanggup nak selak kain selimut yang tutup muka dia. Aku peluk k yang dan k yang menangis mcmana dia nak terang kan pada anak2 dia yang ayah depa dah tak ade. Aku tengok fiqa yang berusia 3 tahun tu lena di buai mimpi kat tepi kami. Alahai,syg.. kamu lbh kurang sama mcm acu dulu.. 9 bulan dah xde ayah.. Aku try relax lagi walapun Allah je tahu rasa dlm hati ni.

Dada macam nak pecah tengok reaksi 3 lagi anak2 buah aku yg baru sampai dr tg malim. Faiz umur 7 tahun masuk dan terpaku..perlahan2 k yang panggil dan  peluk bgtau ayah dah takde. reaksi nya menangis tapi masih blur seperti tak brp faham apa jadi. Masuk pula Dik Ngah anak kedua depa dada makin sempit.. dia melangkah masuk dengan muka yang pelik..perlahan lahan berjalan sambil tengok sekujur tubuh yang dah tak lagi bergerak.. perlahan2 dia melurut ke dinding untuk bertahan dan menangis tersedu sedu. Along terpaksa di pimpin masuk .. kat depan pintu dia terduduk menangis tengok abg yang. Apa ni,bu? Apa ni,bu?  dia soal bertalu-talu..k yang panggil semua dan peluk bgtau ayah depa dah tak ade.. ( menaip ni pun air mata tak boleh nak berhenti mengalir..)

Bonda kena pimpin masuk dan rebah. Allahuakbar..Allahuakbar..kuat kan kami Ya Allah.. dari jam 4 pagi tu sampai lah jenazah di bawa ke masjid batu 3 untuk di mandi dan di sembahyang kan tak putus-putus kawan2 arwah datang. Selesai solat jenazah kami di beri peluang untuk memberikan ciuman terakhir. Allah.. Allah..Allah.. hati berlagak kuat.. dari tadi boleh tersenyum untk hilangkn sedikit rasa di hati tapi bila abang panggil aku untuk cium abg yang. Allah.. sakit nya dada menahan air mata..Allah.. aku cium dahi dan pipi nya lama.. rehat lah abg yang.. hilang dah segala kesakitan.. terima kasih menjaga kakak dan anak2 buah adik dengan sangat baik. Semua permintaan mereka abg yang cuba tunai kan. semua kelengkapan dan keperluan mereka tak pernah kurang sedikit pun.InsyaAllah adik jaga kak yang. InsyaAllah tak pernah biar kan k yang melalui semua pengalaman ni bersendirian. ( wajah dia bersih dan tersenyum.. mungkin lega hilang semua rasa sakit )

Jenazah di bawa balik ke tg malim untuk di semadi kan. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Ketika jenazah tiba ke Tanah perkuburan cuaca agak panas. Saat talkin mula di baca cuaca berubah mendung, angin kuat sehingga tertunduk2 semua pokok di sekeliling kami dan saat hampir selesai hujan lebat selebat2 nya turun membasahi bumi. Ramai sahabat yang dari shah alam mengiringi hingga selesai semua urusan pengebumian.. MasyaAllah.. memang ramai..

Hari ni..dah 8 hari abg yang pergi. Setiap kali menyebut nama dia utk sedekah al fatihah hati sebak sangat2. Pergi sudah abg yang.. abg ipar yang aku kenal dari darjah 3.. yang selalu bergurau senda..yang selalu lawan gaduh dengan aku. dan kek hari jadi dia tahun ni dari air tangan aku sendiri.. Ya Allah..( susah menulis sambil menangis.. kabur mata,hinguih lagi..huhu )



 
ni kek yang kak yang mintak aku buat kan untuk abg yang untuk hari jadi dia tahun ni. 1st time sambut birthday dia dan dia rasa air tangan aku. Semua tinggal kenangan yang akan di kenang sampai bila2. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh abg yang,di lapang kubur nya dan di letak kan di kalangan orang2 yang beriman.. Amiin..
 
 
Al fatihah buat Muhammad Badrul Hisham Mohd Yusof  (3/2/69 - 24/10/14)
Pejuang kanser dan akhirnya kembali pada Pencipta slps hampir 3 bulan slps operation.
Seorang anak,suami,ayah,sahabat dan ayah yang sangat2 baik.

 

6 comments:

  1. Masha Allah..laju juga airmata ini..Alfatihah..abg yang tlh selamat menemui penciptanya..biarlah..berakhir sudah kesakitannya..hanya Doa dikirim mengiringi pemergiannya..Alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ibu hadeef.. ye.. pengakhiran dia kita dh tau.. kita pula nnti ntah macamna..

      Delete
  2. Sedihnya baca. Mengalir jugak air mata ni. Macam mana boleh detect kanser buah pinggang. Apa tanda tanda sblm tu boleh share tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia rasa sakit bahagian pinggang tp dr kat klinik sah kan dia cuma sakit bt karang.. berubat kg mula2.. bl smpi tahap berat bdn turun mendadak pergi check up hsptl pakar sah dia sakit kanser buah pinggang stage 4.

      Delete
  3. Alfatihah
    Sedihnya
    Semoga arwah ditempatkan bersama mereka2 yg beriman
    Semoga keluarga arwah diberikan ketabahan dan kekuatan

    ReplyDelete
  4. Sedih tak terhingga kerana tak dapat jumpa sepupuku ketika dia sakit.....hanya dapat jumpa setelah dia sudah tidak bernyawa... al fatihah....

    ReplyDelete

Aku, dia & lavender.

Dalam tahun ni dah 3 kali aku dapat tapak meniaga kat MARDI CAMERON HIGHLANDS. Banyak kali dengar orang cite pasal taman lavender ni tapi ta...